Pengalaman JPA PIDN 2020 / Terminate / Batalkan Pinjamam PTPTN 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menerima biasiswa JPA! So rasa nak cerita la macam mana proses untuk JPA ni. Saya juga penerima biasiswa JPA PIDN bagi tahun 2020. Alhamdulillah. Okay, haritu permohonan dibuka bulan 5 dan keputusan keluar bulan 9. Masa semak keputusan dia akan keluar e-penawaran untuk isi borang apa semua. Selesai isi, mati stem, saksi kerajaan semua, last sekali kita isi bahagian yang akhir tu barulah lengkap semuanya. Jadi, tarikh yang saya perlu serahkan semua dokumen adalah pada 29/9/2020 di UM. Disebabkan kekangan waktu, saya pergi hantar dokumen di UM pada waktu petang dan sampai di Dewan Peperiksaan 1 tepat jam 3:30PM.
Letak sikit la masa kat UM nak hantar dokumen tu ππ
Okay sambung. Norma baharu, check suhu dan check-in MySejahtera, lepastu boleh masuk. Ambik nombor giliran (pegawai tu akan bagi masa masuk) dan duduk di tempat yang disediakan. Mungkin dah petang, taklimat tak diberikan (atau mungkin ada tapi terlepas). Masa menunggu agak lama memandangkan ramai pelajar waktu tu. Kemudian nombor saya dipanggil. Ada lah kaunter-kaunter dia, nanti pegawai tu akan guide satu-satu untuk pergi yang mana dahulu. Dekat sini saya nak pesan, pastikan sebelum pergi untuk hantar dokumen, semak betul-betul dokumen yang dah di print. Sebelum saya print dan sediakan dokumen, saya tengok dulu video yang pihak JPA dah beri. Memang lengkap dan mudah faham. 100% saya ikut yang itu π Pegawai JPA yang uruskan borang saya masatu puji sebab kemas dan teratur je borang π Kalau yang jauh datang untuk hantar borang, pastikan betul-betul kemas dan teratur. Nanti salah sana sini susah pula.
Kena dan perlu semak betul-betul. Sebabnya, pelajar di sebelah saya waktu tu, borang dia agak berterabur. Sepatutnya di stapler di bahagian yang disediakan, tapi dia stapler kat bahagian atas je. Nama perlu sama dalam nombor ic, tapi dia tak sama. Maka, pegawai JPA tu terpaksa pesan sorang-sorang untuk semak betul-betul. Kalau ada salah, perlu garis dan betulkan. Nanti borang tu nampak serabut, takut JPA tak terima pulak. Ingat, kemas dan bersih! Mungkin jugak sebab pandemik ni, pihak JPA tak dapat nak briefing elok-elok maka pelajar ambil ringan je. Huhu. Banyak aspek boleh salah, salah nombor ic saksi, salah jawatan, salah cop, bermacam-macam salah la. Tu la pentingnya cek balik dan TELITI. π π
Kalau ada pengalaman ambil PTPTN, ha prosesnya sama je. Ada kaunter-kaunter untuk setiap pegawai tu. Lepas serah semua dokumen (ada dokumen yang dia serahkan balik suruh kita simpan) dia akan check nama kita dalam komputer. Kemudian boleh beredar balik. Masa keluar tu jalan nak balik kereta, ada sorang Chinese lelaki ni tegur, dia tanya "Itu je ke? Ada apa-apa yang perlu buat lagi lepasni?" lebih kurang gitu la, lupa dah dia tanya macam mana. π Saya pun balas "Haah tu je, ha ada ambik PTPTN tak? Kalau ada kena batalkan" dia pun balas " Ya ada-ada. Oh kena batalkan jugak? Macam mana?" ...............
Maka dengan itu, saya pun cerita laa dekat dia.
Lepas habis urusan PTPTN, kita bergerak ke urusan seterusnya. Laman web myself. Okay untuk laman web ni, pihak JPA akan bagitahu tarikh kredit duit bila apa semua. Dekat sini juga ada maklumat peribadi yang perlu kita update dan update result semasa untuk pihak JPA tahu prestasi akedemik kita. Hasil membaca apa yang ditulis dekat group fb, keputusan peperiksaan hanya perlu upload masa semester kita dapat JPA. Contohnya, saya terima JPA semester 3, maka saya upload untuk sem 3. Nak upload dari sem 1 pun boleh, tiada masalah. Nanti dah dapat masuk laman web tu, explore lah.
Rata-rata saya baca di group "PEMEGANG BIASISWA JPA" memang ramai tanya soalan yang berulang kali. Mungkin kali pertama dan tiada senior untuk bertanya, maka masing-masing ambil insiatif untuk tanya dekat group. Dalam hal saya ni, sebab senior saya pernah dapat biasiswa JPA, maka segalanya saya tanya dia. π Tapi sebab beza tahun dia terima dengan saya, maka segala dokumen dan yang lain tak sama. Terpaksa lah saya search di Twitter seperti "JPA", "JPA PIDN", "JPA masuk", "JPA myself", "JPA kredit". Dekat situ saya dapat tahu info-info yang saya taktahu dan bertanya lah kepada mereka yang lebih tahu. Untuk group dekat facebook, saya tak kesah yang bertanya, tetapi banyak soalan berulang kali saya tengok. Saya takut kalau ada info penting yang saya terlepas. Huhu. Bagi yang baru masuk group tu, nak tahu info apa-apa, search je dekat bahagian atas tu, nanti keluarlah informasi yang dicari. Inisiatif lain, cari di Twitter/Blog. Kalau betul tiada jawapan, barulah tanya di group mahupun terus berhubung dengan pihak JPA sendiri.
Untuk batch kali ni, ada 2 akaun Bank Islam yang dibuka. Satu dibuka sendiri dan satu lagi pihak JPA bukakan. Saya tak pasti sama ada yang belum ada akaun Bank Islam perlu bukak atau tidak, sebab saya memang dah ada Bank Islam. Bila check, ada 2 akaun. Yang ni saya check masa 21/10, sebelum ni transfer duit sana sini tak ada pulak nombor akaun lagi satu tu. π
Tapi bila check hari lain, tak da pulak. Hilang. ππ
Kalau keluar macam ni, jangan panik dulu. Biasanya ambik masa. Lagi-lagi kalau baru lepas hantar dokumen. Kadang, ada yang hantar awal, dapat masuk myself awal. Hantar awal, masuk lambat. Jadi kena rajin-rajinlah tengok dan log in. Malam pulak, saja try lagi sekali. Alhamdulillah boleh masuk dah.
Lepas dah update maklumat, akan keluar macam ni. Lepastu nanti update la result, check tarikh kredit apa semua.
29/9/2020 - Hantar borang di pusat PROMISE
23/10/2020 - Dapat log in MYSELF
So hampir sebulan jugak lah. Huhuhu. Lepas dah boleh log in tu, check no. akaun dah ada, so pergi la Bank Islam untuk aktifkan. Masa saya pergi aktifkan, pegawai bank tu mintak surat tawaran and kad pengenalan, yang dekat group JPA tu, ada yang mintak kad matrik, lesen and sijil lahir etc. So, bergantung kepada cawangan masing-masing. Sekejap je prosesnya. Lepas dah aktifkan, seminggu lebih kurang lepastu, dapat tarikh kredit. Lepas dapat tarikh kredit (tengok di bahagian bayaran), biasanya 1-2 minggu JPA akan masukkan duit dalam akaun Bank Islam. Alhamdulillah, few days lepas tu je, dah masuk duit dalam akaun.
Setakat tu je lah yang mampu diceritakan.......untuk lanjutan atau kemaskini, akan dilaksanakan kemudian hari.......sekian....terima kasih......ππ





Comments
Post a Comment